







Perkhidmatan Katering Kami
SIGNIFIKASI SEDEKAH
Ramadhan 2023 hampir tiba, ramailah di antara kita sedang berkira-kira untuk bersedekah dan membuat kerja-kerja amal memberi sumbangan kerana amalan-amalan ini telah dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran pahala yang berganda jika dilakukan sempena bulan Ramadhan yang barakah ini. Oleh yang demekian sedekah mempunyai tempat yang istimewa di hati orang-orang Islam, tetapi apakah sebenarnya sedekah dan signifikasinya di dalam kehidupan seharian?
Apakah itu Sedekah?
Perkataan ini diambil dari bahasa Arab yang bermaksud kebenaran dan usaha-usaha atau aktiviti-aktiviti yang membawa kebaikan menurut lunas-lunas Islam. Ianya merupakan suatu perbuatan memberi yang ikhlas tanpa mengharapkan pembalasan dan ianya dilakukan semata-mata ke jalan keredhoan Allah. Hari ini perbuatan memberi sedekah dikenali sebagai derma atau sumbangan. Sedekah bukan sahaja pemberian dalam bentuk wang tetapi senyuman, kata-kata yang baik dan mengalihkan halangan untuk melancarkan perjanlanan sesaorang juga merupakan satu sedekah.
Lantaran itu marilah kita sentiasa melakukan perbuatan yang mulia di sisi Allah di bulan Ramadhan ini dengan sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas dan mengawal nafsu amarah walaupun kita dalam keadaan kesusahan atau stress dalam menjalani kehidupan seharian. Terutamanya insan-insan yang kerjayanya menyantuni masa atau orang ramai.
Kami di Shilaz Catering memberikan satu wadah atau saluran untuk anda bersedekah kepada insan-insan yang kurang bernasib baik melalui perkhidmatan Buffet Ramadhan kami di Dewan Sutera UKM.
Berminat sila klik https://shilazcatering.com/pakej-iftar-ramadhan
Terima kasih
